Selasa, Mei 31, 2011

Teka-Teki di IKIM.fm 31 Mei 2011

Alhamdullillah, saya sungguh gembira kerana berpeluang mempelajari AL-Quran dengan menggunakan teknik al-Baghdadi bernilai RM250.00 sumbangan Al-Baghdadi Method Sdn Bhd. Ini adalah disebabkan oleh teka-teki saya yang terpilih sebagai teka-teki terbaik pada hari Selasa 31 Mei 2011 jam 6.45 pagi melalui slot Warna Pagi siaran IKIM.fm Radio Pilihan Utama Saya.. Mungkin ramai yang tidak mendengar teka-teki saya tu..Teka-tekinya mudah saja. Di Radio IKIM ramai yang dapat menjawabnya dengan tepat. Tahniah!!
Nak tahu apa teka-tekinya? Ini dia...

Dalam Al-Quran, Allah ada mengulang ayat yang sama sebanyak 31 kali. Dalam surah apakah ayat itu?
Boleh jawab? Rujuk Al-Quran...

Saya pernah terdengar teka-teki yang dihantar di IKIM.fm yang berbunyi, dalam surah apakah dalam AL-Quran, pada setiap ayatnya ada disebutkan nama ALlah?
Boleh jawab? Rujuk Al-Quran...

Ada lagi satu lagi teka-teki yang pernah saya dengar, dalam surah apakah tidak terdapat huruf fa?
Boleh jawab? Rujuk Al-Quran...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan