Sabtu, Mei 21, 2011

Ensiklopedia Solat



Assalamualaikum,

Ini buku yang sedang saya baca. Dibeli di Pesta Buku Kuala Lumpur hari itu. Jumpa penulis buku dan Ustaz Zahazan kat sana.
Ensikoledia Solat ini setebal 500 halaman, berharga RM100.00. Tapi masa launching kat pesta buku hari itu, ada diskaun 5%. Buku ini sangat wajar menjadi rujukan bagi kita semua.

Ensiklopedia Solat ditulis meliputi semua maklumat dan ilmu yang berkaitan dengan solat.
Mengandungi pelbagai keterangan tentang solat daripada aspek, fiqah, falsafah, sejarah dan saintifik. Disusun mengikut pendekatan mesra pembaca disertakan dengan ilustrasi, foto, gambar rajah, peta minda dan jadual.

Nanti saya akan bincangkan isi kandungannya mengikut bab. Kalau sudi bacalah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan