Selasa, Jun 07, 2011

Jangan bersedih kerana ditangguhkan rezeki

Sudah lama aku tak membaca buku La Tahzan. Semalam teringat pula nak membacanya. Sudah berhabuk buku yang dikatakan terlaris di pasaran Timur Tengah dan Indonesia ini...
Membaca di halaman 331 yang bertajuk Jangan Bersedih Kerana Ditangguhkan Rezeki, memberi kesan juga di hati ini.
Kata Dr Aidh bin Abdullah Al-Qarni, orang yang tidak sabar menunggu datangnya rezeki dan selalu gelisah kerana semua kesenangannya tidak kunjung tiba adalah seumpamanya makmum yang mendahului imam dalam solat berjamaah, padahal dia tahu bahawa dirinya tidakboleh memberi salam sebelum imam memberi salam terlebih dahulu. Segala permasalahan manusia dan rezeki itu sudah ditentukan dan ditetapkan 50 ribu tahun sebelum adanya penciptaan itu sendiri.
Dalam surah An-Nahl ayat 1 Allah berfirman, semua ketetapan Allah pasti akan datang, maka janganlah kamu meminta-minta agar disegerakan kedatangannya..
dan berkaitan dengan itu pula dalam surah Yunus ayat 107 Allah berfirman lagi, ..dan jika ALLah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tidak satupun yang dapat menolak kurnia-Nya.

Aku amat tersentuh apabila membaca hal ini. Bermakna kita semakin kerdil di sisi Tuhan. Hiduplah kita dengan penuh pasrah. Peringatan untuk diriku yang sentiasa lupa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan