Kebahagiaan itu adalah keriangan hati kerana kebenaran yang dijalannya.
Kebahagiaan itu adalah kelapangan dada kerana prinsip yang diyakininya.
Kebahagiaan itu adalah ketenangan hati kerana kebaikan yang dimilikinya.
Kita selalu beranggapan apabila kita memiliki banyak sara kemewahan dalam rumah, berlimpah segala sesuatu, serta terpenuhi semua kehendak dan segala hal yang kita sukai dan hajati, maka kita akan bahagia, senang, gembira dan hidup kaya-raya.
Akan tetapi, sedarkah kita semua itu menjadi penyebab kepada keresahan jiwa, tertekan dan hanya menambahkan masalah sahaja. Tidakkah kita terfikir, kenapa ALlah tidak melimpahkan kekayaan hidup kepada kekasihNya? Rasullullah ternyata hidup dalam kefakiran, sering membolak-balikkan tubuhnya di tempat tidur kerana kelaparan, mengikat perut dengan batu, tidur beralaskan pelepah kurma. Tetapi Rasullullah hidup bahagia, jiwanya damai di sisi ALlah.
Ini semua pengajaran untuk kita tidak melihat kehidupan dunia semata-mata. Akhirat perlu diutamakan. Janganlah terus menerus tertekan dalam mencari kemewahan dunia. Peringatan untuk diriku yang sering lalai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan