Sabtu, Jun 11, 2011

Menangani Stress dalam Islam

DALAM kehidupan moden ini, stres menjadi pelengkap hidup. Banyak masalah dan sedikit penyelesaian yang diketahui. Orang yang kurang kuat imannya, dapat melakukan bunuh diri. Orang yang kuat iman, tapi terlalu yakin untuk mencapai sesuatu, mungkin akan mengalami stroke. Seorang doktor neorologi berkata, sekalipun tekanan darah tinggi, insya Allah tidak akan stroke, selama mana orangnya, tidak stres. Bermaksud stres pemangkin utama lahirnya stroke yang banyak melanda manusia pada hari ini.


Stres yang datang pada diri seseorang, banyak puncanya. Mahasiswa yang tidak lulus ujian akhir, akan mendapat stres. Orang tua yang mengurus anaknya untuk mendapatkan sekolah yang baik, mendapat stres. Pejabat yang terlalu sibuk, pekerjanya akan mendapat stres. Rakyat miskin yang sukar mendapat makanan, akan mendapat stres. Calon pilihan raya yang mengeluarkan jutaan ringgit untuk pemilihan, akan mendapat stres, jika suara yang diharapkan, tidak seperti yang diramalkan, akan stres. Kesimpulannya, semua golongan dalam masyarakat akan berpeluang mendapat stres, baik laki-laki mahupun perempuan.

Bagaimana mencegah stress?
Menurut doktor neorologi, perasaan stress sering menjadi musuh dalam selimut. Perasaan ini datang tiba-tiba dan sukar untuk dikendalikan. Apabila tidak ditangani akan menjadi pemangkin timbulnya berbagai-bagai-bagai penyakit seperti jantung, darah tinggi dan stroke. Ibarat menyediakan payung sebelum hujan, menghindari stress ada baiknya dilakukan mengikut cara berikut:


Pertama, mengeluarkan energi positif, iaitu optimis dalam menghadapi setiap permasalahan. Jangan terlalu keras terhadap diri sendiri. Jangan membebankan diri anda. Ketahuilah bahawa setiap usaha yang dilakukan akan ada kekangan dan hambatan Tapi ada juga solusi atau penyelesaiannya. Sebab itu, harus bersikap lebih fleksibel, supaya kita dapat menikmati hidup.

Kedua, menjaga kesihatan. Dengan cara bersukan dan senaman yang teratur, tidur yang mencukupi dan mengambil makanan yang berzat dan seimbang. Bersukan mungkin dapat membuat manusia berasa nyaman. Makanan berzat mampu membangkitkan kualiti hidup. Sebab itu Islam memerintahkan “ mengambil makanan yang halalan toiyibban atau halal, suci lagi berkhasiat.

.
Ketiga, banyak minum air masak, terutama pada ketika sedang marah.. Air dapat menenangkan perasaan, dan menjadikan fikiran lebih jernih. Rasulullah menganjurkan kalau marah, hendaklah berwuduk dan mendinginkan badan dengan air atau tanah.


Keempat, meluangkan sedikit waktu pada setiap minggu untuk keluar dari kerja-kerja rutin. Berkumpul bersama-sama ahli keluarga, atau menziarahi teman-teman. Nabi mengajarkan supaya kita menghubungkan silaturahim, sebabnya dapat menambahkan rezeki dan memanjangkan umur (HR.Muslim).

Kelima, meningkatkan unsur-unsur humor dan ketawa. Secara klinikal humor dapat mengatasi stress. Membaca cerita-cerita lucu, berkongsi cerita lucu dengan kawan-kawan, menonton atau mendengar cerita lawak selama 5-10 minit dapat membawa suasana santai dan relaks.
Menurut Al-Quran ?.
Menurut Al-Quran, kelima cara yang ditawarkan oleh bidang kesihatan di atas, tidak ada yang bertentangan dengan Al-Quran. . Namun Al-Quran lebih memfokuskan terutama kepada dua hal utama iaitu Al-Quran sebagai Syifa’ (Penawar) :

Sabar :
Jika stress menghadapi masalah yang sukar diputuskan “ salah atau benarnya sesuatu “ maka Al-Quran memberi petunjuk “ FA SHABRUN JAMIL “ ( Maka bersabar itu lebih indah ). Dan hanya kepada Allah tempat memohon pertolongan. (QS. Yusuf 18 ).


Ucapan itu disampaikan oleh Nabi Yaa’kub, ketika anak-anaknya datang membawa kemeja yang berlumuran darah kepunyaan Yusuf, sebagai bukti bahawa ia telah diterkam binatang buas. Oleh sebab stress, karena darahnya meragukan, Nabi Yaa’kub berkata “ Sabar itu lebih indah.” Demikian juga Maryam, ketika dituduh melacur karena melahirkan anak (Isa) tanpa ayah, juga bersabar untuk mengubati stres yang berpanjangan. Bahkan Aisyah, isteri Rasul, ketika difitnah, juga menjadikan sabar sebagai pengubatan dalam stressnya.

Zikrullah:
Mengingati Allah (Zikrullah) juga termasuk dapat cara mengatasi stres. Dengan mengingat dan mengembalikan segalanya dari dan untuk Allah, maka stres akan dapat diatasi. . Sesuai dengan Al-Quran, “ TATHMAINN AL-QULUB “ ( Mengingat Allah, hati akan tenang ) ( QS. Al-Raad 28 ).


Menurut ulama Tafsir, termasuk dalam Zikrullah; adalah melakukan solat, membaca Al-Quran dan secara langsung menyebut lailaha ilallah sebanyak-banyaknya.


Hujah ini diperkukuh oleh Al-Quran dengan ayat “ Dan carilah pertolongan, dengan berlaku sabar dan mengerjakan solat ( QS.2: 45).


Menurut Huzaifah, apabila Nabi bersedih atau menghadapi masalah, beliau terus melakukan solat, sekalipun sedang dalam perjalanan. Memperbanyak Zikrullah sama seperti solat sunat, atau membaca Al-Quran, atau istighfar, atau membaca lailaha Ilallah.


Istighfar yang sering dibaca Rasul “ Allahumma Anta rabbi. Lailaha illa Anta. Khalaqtani waana abduKa. Wa ana ala ahdiKa. Wa wa’diKa mastata’tu. Audzu biKa, min syarri ma shana’tu. Abuu laKa bini’ mati alayya. Waabuu bidzanbi. Fagfirli. fainnahu la yagfir al- dzunuba illa Anta.( Al-Azkar :347 ).

Di samping sabar dan zikrullah, stres juga dapat diatasi dengan akidah yang meyakini kebenaran ayat Al-Quran yang berbunyi “ INNA MA’AL USRI YUSRA ( Sesungguhnya setelah kesulitan, ada kemudahan. Setelah kesulitan, ada kemudahan).. ( 94: 5-6 ).( Disebutkan dua kali ).


Menurut ulama Tafsir, karena kata kesulitan (Al-usri ), menggunakan “al ” dan kemudahan (Yusra) tidak menggunakan “al “ , itu bermakna kesulitan itu cuma satu macam, tapi ada beberapa jalan kemudahan. Bermakna dua alternatif kemudahan untuk satu kesulitan. Ada dua. Misalnya untuk mendapatkan kesembuhan dan untuk rawatan lahir dan batin ialah dengan menggunakan petunjuk Al-Quran sebagai Syifa’.
. .

Rumusannya, huraian ringkas di atas dapat difahami bahawa Al-Quran boleh mengatasi stres di samping berusaha pula mencari rawatan lahir dan batin. Selain itu meyakini bahawa kesempurnaan itu milik Allah dan kekurangan itu milik manusia. Maka kaifiatnya banyak bersabar, solat, istighfar dan zikir.


Praktik Rasul SAW dalam mencari kesegaran dan menghilangkan stres, antaranya dianjurkan kepada umatnya berpuasa dan mencampuri isteri dua kali seminggu.

Sekian, maklumat ini untuk kita yang sering dilanda stres kehidupan duniawi.

Jumaat, Jun 10, 2011

Hakikat Kebahagiaan

Kebahagiaan itu adalah keriangan hati kerana kebenaran yang dijalannya.
Kebahagiaan itu adalah kelapangan dada kerana prinsip yang diyakininya.
Kebahagiaan itu adalah ketenangan hati kerana kebaikan yang dimilikinya.

Kita selalu beranggapan apabila kita memiliki banyak sara kemewahan dalam rumah, berlimpah segala sesuatu, serta terpenuhi semua kehendak dan segala hal yang kita sukai dan hajati, maka kita akan bahagia, senang, gembira dan hidup kaya-raya.
Akan tetapi, sedarkah kita semua itu menjadi penyebab kepada keresahan jiwa, tertekan dan hanya menambahkan masalah sahaja. Tidakkah kita terfikir, kenapa ALlah tidak melimpahkan kekayaan hidup kepada kekasihNya? Rasullullah ternyata hidup dalam kefakiran, sering membolak-balikkan tubuhnya di tempat tidur kerana kelaparan, mengikat perut dengan batu, tidur beralaskan pelepah kurma. Tetapi Rasullullah hidup bahagia, jiwanya damai di sisi ALlah.
Ini semua pengajaran untuk kita tidak melihat kehidupan dunia semata-mata. Akhirat perlu diutamakan. Janganlah terus menerus tertekan dalam mencari kemewahan dunia. Peringatan untuk diriku yang sering lalai.

Istighfar Bulan Rejab

Assalamualaikum,
Setiap kali tiba bulan Rejab, saya selalu teringat pada Ustaz Pak Yazid yang selalu datang memberi tazkirah di Surau AL-Amin, Bandart Tun Hussein Onn. Beliau telah meninggalkan beberapa amalan yang boleh diamalkan khusus dalam bulan Rejab untuk tujuan meningkatkan keimanan . Antaranya ialah Istighfar Bulan Rejab dan tasbih bulan rejab. Marilah kita bersama-sama mengamalkannya. Peringatan untuk diriku yang lalai.

Selasa, Jun 07, 2011

Jangan bersedih kerana ditangguhkan rezeki

Sudah lama aku tak membaca buku La Tahzan. Semalam teringat pula nak membacanya. Sudah berhabuk buku yang dikatakan terlaris di pasaran Timur Tengah dan Indonesia ini...
Membaca di halaman 331 yang bertajuk Jangan Bersedih Kerana Ditangguhkan Rezeki, memberi kesan juga di hati ini.
Kata Dr Aidh bin Abdullah Al-Qarni, orang yang tidak sabar menunggu datangnya rezeki dan selalu gelisah kerana semua kesenangannya tidak kunjung tiba adalah seumpamanya makmum yang mendahului imam dalam solat berjamaah, padahal dia tahu bahawa dirinya tidakboleh memberi salam sebelum imam memberi salam terlebih dahulu. Segala permasalahan manusia dan rezeki itu sudah ditentukan dan ditetapkan 50 ribu tahun sebelum adanya penciptaan itu sendiri.
Dalam surah An-Nahl ayat 1 Allah berfirman, semua ketetapan Allah pasti akan datang, maka janganlah kamu meminta-minta agar disegerakan kedatangannya..
dan berkaitan dengan itu pula dalam surah Yunus ayat 107 Allah berfirman lagi, ..dan jika ALLah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tidak satupun yang dapat menolak kurnia-Nya.

Aku amat tersentuh apabila membaca hal ini. Bermakna kita semakin kerdil di sisi Tuhan. Hiduplah kita dengan penuh pasrah. Peringatan untuk diriku yang sentiasa lupa.

Rabu, Jun 01, 2011

1 Hari 1 Resepi

Assalamualaikum,


Lihat buku ini, bagi sesiapa yang tidak seberapa pandai memasak macam akak, bolehlah beli buku ini dan masak ikut resepinya. Akak dah beli buku ini semasa Pesta Buku Mei 2011 di PWTC. Akak dah cuba masak menggunakan resepi ini, semuanya sedap. Cita rasa lidah Melayu...Akak masak mi padprik. Anak-anak akak sangat suka akan rasa mi ini. Cubalah.

Tapi kalau nak cerita bab makan, memanglah tak akan habis. Makan sebahagian daripada nafsu manusia yang infiniti kerana tuntutan jasmani. Beringat-ingatlah tentang makan. Makan untuk hidup, agar dengan kehidupan ini kita dapat beramal sesuai dengan falsafah penciptaan kejadian manusia dan jin. Allah memberitahu, bahawa tidak Aku jadikan manusia dan jin melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu. So, makanlah sekadarnya untuk hidup. Bukan hidup untuk makan. Kalau kita hidup untuk makan, maka jadilah kita menghambakan diri pada makanan.

Makanlah sekadarnya. Berhenti sebelum kenyang. Ikut sunnah Nabi kita. Ini peringatan untuk kita yang selalu lupa dan lalai.